Adakan hari hari kita rasa mellow semacam je. Kalau orang cakap aku ni kejenya duduk di rumah saja mesti hebat. Mesti best. Boleh tidur. Boleh bertelanjang bulat sepanjang hari. Tak de gangguan. Tak de batasan.
Tapi kalau hari hari macam ni tak ke rasa macam orang bangang?
Aku pun tak tau nak describe situasi aku ni. Aku ni bekerja ke atau tak. Kalau bekerja duduk di rumah then dapat duit best jugak. Tapi aku rasa aku bekerja. Dan aku duduk di rumah tapi incomenya nan ado.
Aku masih di tahap miskin tegar. Tapi aku malas nak fikir pasal duit. Rezeki untuk aku sentiasa ada. Tak de aku kebuluran ke apa ke. Tapi sampai bila macam ni? Aku pun tak reti nak jawab.
Memang tak payah bangun pagi macam orang. Berebut rebut di jalanan, maki hamun berbakul bakul marahkan orang, tapi tak thrill jugak kalau dalam masa seminggu aku tak boleh nak makin hamun ! Kadang kadang maki hamun boleh ilangkan stress dan sebati dalam diri. Takkan aku nak maki kat connection yang lahanat ni hari hari.
May be aku kebosanan. Aku di tahap agak loser sekarang ni. Tak de duit. Tak de awek. Tak de peti sejuk dan sebagainya. Pendek kata.. memang tak syok lah hidup macam ni.
Bukan sekali aku keje tak dapat gaji ni. Dulu pernah jugak sekali. About half a year jugak macam ni. Menunggu buah yang tak jatuh. Sekarang ni pun jadinya, aku rasa dah dekat 7 bulan aku terpinggir macam ni. Sekarang ni keje, tapi based on allowance je.. berapa sangat ler aku dapat, bukan boleh bermewah mewah macam dulu dulu.
Aku janji kalau aku kaya lepas ni aku nak menyimpan dan jadi lebih kedekut ! Aku nak carik keje lain lah. Tapi aku tak akan mengalah dan tak pernah menyesal dengan apa yang di takdirkan untuk aku. Redha. Kena redha.
Semalam aku tidur lewat. Lelap sekejap je lepas terawikh lepas tu aku berjaga sambil download lagu dan aku tidur lepas subuh. Bangun dalam pukul 10am. Tapi bangun tidur bangun tidur macam tu ler.
Akhirnya aku baru teringat aku ada DVD yang aku beli tapi masih belum layan.
Gwa layan DVD tu ceritanya...
La Vie En Rose - The EXtraordinary Story of Edith Piaf. ("Life through rose-tinted glasses")
Kisah dia menarik jugak. Tentang seorang bibliography seorang wanita yang masa kecik dia di tinggalkan tepi jalan sebab mak dia jadi penyanyi jalanan. Lepas tu mak dia tinggal dia dan dia dibesarkan oleh pelacur pelacur kat rumah pelacuran sebelum bapak dia ambik dia dan bawak dia ikut persembahan circus.
Pada satu hari, bapak dia paksa dia perform. So dia pun melontarkan vokal dia semua orang terkesimawati. Start dari situ, dia pulak menyanyi tepi jalan. Dan di temui oleh seorang pemilik Kelab Malam dan dia mula menyanyi di situ.
Dan cerita dia dari situ ler. Dia jadi glamer dan top. Pastu dia sakit athritis. Then dia jatuh cinta dengan suami orang dan lelaki tu mati sebab plane crashed. Akhirnya dia ambik dadah bagi menghilangkan depressi diri.
Sampai lah dia sakit tenat tapi jiwa dia tetap nak menyanyi dan akhirnya dia berjaya perform dekat Olympia Hall walaupun dia dah separuh nazak dan dah tak larat.
Tak de yang menarik sangat pasal jalan cerita dia. Biasa biasa jer, tapi pelakon wanita tu memang superb. Dari dia muda sampai dia tua.. dia bawak watak memang menjadi. Nama dia Marion Cottilard. Macam dialah Edith Piaf tu. Dia salah satu satunya pemenang Academy Award for Best Actress yang filemnya 100% French. Dia jugak menang Globe, BAFTA, Oscar dan Caesars Awards dalam cerita ni.
So sesapa nak layan boleh layan. DVD dia boleh di dapati di kedai kedai DVD cetak rompak berhampiran anda !
Lagu ni di petik dari filem tersebut sewaktu dia last menyanyi di Olympia, Paris. Tajuk dia Non, Je Ne Regrette Rien ( There is Nothing to Regret)
No, nothing at all, I regret nothing at all Not the good, nor the bad. It is all the same. No, nothing at all, I have no regrets about anything. It is paid, wiped away, forgotten. I am not concerned with the past, with my memories. I set fire to my pains and pleasures, I don't need them anymore. I have wiped away my loves, and my troubles. Swept them all away. I am starting again from zero.
No, nothing at all, I have no regrets Because from today, my life, my happiness, everything, Starts with you!
Ni video clip filem ni.
Ni pic dia. Kat luar dan dalam filem.
Aku jatuh cinta dengan awek nih !!!
Hari ni gwa ketiduran sampai petang then keluar sekejap pergi opis. Tak tahu nak berbuka apa. LL4 ajak berbuka sekali dengan dia. Tapi bosan ler, hari hari aku nak kena mengadap muka dia. Dia tu suka jer. Aku yang rimas.
Last sekali aku pergi jenguk kakak aku dan berbuka di sana. Lepak lepak sampai lepas maghrib dan balik berterawikh seperti biasa kat surau depan rumah aku ni.
Hari ni aku makan nasik lauk biasa biasa. Tak banyak makan tapi cukuplah untuk mengalas perut panda seperti biasa. Aku bukan sahur sangat pun, layan rokok dan air suam je. Janji boleh tahan. Nanti tak muat raya nanti nak pakai baju raya. Leceh !
Nampak gayanya Misi Suara Hati aku untuk menguruskan badan di bulan puasa ini gagal !!
Ya gagal !
Gwa rasa gwa melantak lebih pada bulan puasa ni.
Dan YES ! Memang gwa tau gwa tamak haloba kadang kadang, tapi gwa tak bisa nak menolak kalau makanan atas meja berlewa lewa dan tak de orang nak makan. So solusinya..gwa terpaksa penuhkan perut panda gwa sepadat mungkin supaya gwa tak tergolong dalam orang orang yang membazir.
Gwa buka puasa dengan LL5 ( PEMBETULAN : LL4 <<< thanks to ilot yang peka ) hari ni. Makan dekat North Indian Cuisine dekat Yap Kwan Seng tempat The Deccan lama depan KUB building tu.
Boleh tahan kesedapannya dan gwa makan tanpa pedoman.
Semalam gwa dengan BW dan Mamat Hancock melontarkan vokal di Red Box Sunway. Start 12.30 sampai 4 pagi. Gila menyanyi bagai nak rak. Seperti yang di war war kan lagu yang menjadi pilihan selain lagu lagu biasa adalah lagu lagu raya. Mood raya sudah kembali, ya.. kami bernyanyi macam orang gila lagu lagu raya sambil melayan BW feeling feeling jadi Siti Nurhaliza dan kita orang jadi back up singer. Menari lap lap dinding bagai orang ilang akal dan melompat atas sofa macam terkena sasau.
It was fun. It was refreshing.
Balik tu mengantuk gila. Gwa hantar BW balik rumah dia then pergi Shah Alam hantar Mamat Hancock pulak. Sempat singgah beli Nasik Goreng Ayam kat Seksyen 7 dan terus gwa ke rumah LL4 seperti yang telah di janjikan.
Oleh kerana masa dah suntuk, gwa bawak nasik siap dalam pinggan dan segelas air ke dalam bilik, kami makan sama sama. LL4 dengan mata mamai nya .. bangun dan gwa suap dia makan ! Terus dia terkesima. Dia akan start feeling feeling di sayangi kalau gwa buat buat romantika d amor dengan dia. Apa apa je lah. Gwa tak nak dia bebel sebab gwa mungkiri janji nak sahur dengan dia kelmarin. Tak nak dia start bising bising kata gwa selalu pentingkan kawan kawan gwa daripada dia. Padahal memang ya pun.
Habis sebungkus Nasik Goreng Ayam di kongsi bersama. Sempat layan rokok sebatang then tak lama tu dah subuh.
Lepas solat, duduk berdua dua atas katil then layan tengok DVD The Reaper tu. LL4 suka download cerita tu, so gwa abiskan 2 episodes sebelum terbongkang tidur dan gwa jaga dalam pukul 10 pagi.
Bangun tu pun sebab aku kena kacau dengan LL4. Dia dah bangun awal, turun bawah tengok tv, then naik atas kacau aku dan kami layan The Reaper tu sampai ke petang. Habis satu seasons. So gwa tak payah nak tunggu kat TV lagi !
Dalam pukul 4 aku keluar dari rumah dia, balik rumah gwa.. lepak kejap. Mandi dan solat asar. Tak lama lepas tu dalam pukul 5.30 dia datang ambik gwa dan pergi KL berbuka puasa.
LL4 ni kalau order makanan memang ler banyak. Makan tak banyak mana. Dia makan Roti Nan. Aku order Nasik Beryani. Tapi aku belasah Roti Nan jugak then kenyang. Nasik Beryani abis separuh je. Di tambah lagi dengan lauk pauk seperti Panak Paner, Tandori Chicken, Omelette, Shrimp Chilli Fry dan Butter Chicken buat aku ilang akal makan tanpa pedoman.
Tapi paling best adalah Tandori Chicken dia. Slurrrrrrrp. Fresh Orange dia pun menarik.
Tidak ! Aku tak lupa baca Bismillah dan berdoa. Tapi kalau aku tak abiskan, nampak membazir je makanan tu. Sayang sebab mahal tu walaupun bukan gwa yang bayar.
Abis berbuka terus keluar. Aku suruh dia hantar aku balik terus.
Lalu kat KL dah sibuk sign Selamat Hari Raya sana sini. Shopping mall dan habis habisan buat promosi. Orang pun ramai merata rata. Semangat nak raya dah bermula tapi gwa tak de mood nak raya sangat. Tak de apa gwa nak prepare untuk diri sendiri pun. Abis abis hari raya ni yang seronoknya dapat spend masa dengan family dan tengok anak anak buah happy bila dapat duit raya.
Tahun ni tak tau lah cemana.
Sampai rumah sempat solat maghrib dan masuk Isyak aku terus pergi surau berterawikh. Dah 2 malam tak jenguk surau tu. Hari ni masih ramai lagi jemaah.
Ni pun gwa ngantuk gila. Tersengguk sengguk menaip blog. Rasa macam nak pengsan dah. Mirah Edorah ajak keluar minum tapi macam malas je. Amoi cina tu pun sama. Tapi gwa tak de mood. Datin Bangang tu pun tak abis abis SMS gwa. Dia tanya dah beli baju raya ke belum. Kalau nak belikan untuk gwa tak pe jugak. Tapi gwa malas nak melayan.
Gwa nak senggol senggolan cubit cubitan dengan 3sum partner je rasa sekarang ni. Kalau Mas Idayu ada sekali lagi best.
Perutku serupa botet. Mengembang dan kekar seperti buah tembikai. Minta di belah dan di lihat isinya. Minta di uli seperti donut Jco.
Perutku membuntal !
Kalau di golek golek berulang kali, pastinya pecah.
Aku kekenyangan berbuka puasa lupa diri dengan kawan kawan.
Hari ni, aku duduk rumah jer. Nyawa kucing lagi. Tidur, bangun, tidur bangun. Memang rasa tak puas tidur dan tak puas bangun. Cuaca pun best jer. Indahnya kalau hari hari dapat begini, mesti perutku yang tembikai bakal menjadi Nangka.
Petang tadik baru BW dengan Captain Planet datang rumah. Kita orang plan nak berbuka sama sama hari ni.
Tempatnya?
Sheraton Subang !
Dia orang lepak rumah tunggu aku siap siap then pergi ke Shah Alam ambik Mamat Hancock. Culik dia dan terus ke Subang. Berbuka puasa di Sheraton. Makanan boleh tahan banyak. Orang pun boleh tahan ramai. Banyak sangat makanan macam semua nak di rasa. Sudahnya... inilah jadinya.
Perut gwa macam mengandung 8 bulan. Tunggu masa nak terburai.
Tak de gambar kuih hari ni sebab banyak sangat. So gwa letak gambar kumpulan Alun Tradisi yang membuat persembahan sepanjang majlis berbuka puasa tersebut.
Sedap jugak suara awek ni.
Masing masing dah kekenyangan. Lepak sampai pukul 9 lebih. Tak Terawikh malam ni.
Plan nak pergi karaoke pulak. Karaoke di bulan puasa???? Ya ! Jangan tak percaya.
Sekali sekala mendajal di bulan puasa sangat menakutkan. Tapi buat jugak.
Captain Planet tak boleh join sebab ada komitment kekeluargaan yang perlu di bereskan. So balik lepak kat rumah gwa dulu. Bionic Woman ada ni dengan Mamat Hancock. MH tengah layan DVD, BW tengah membuta atas sofa sambil menyelimuti diri dengan telekung semayang ! Ngeri !
Nak gi karaoke kejap lagi kol 12 kat Red Box.
Aku sepatutnya janji dengan LL4 nak sahur dengan dia selepas semalam tak jadi sahur dengan dia. Dia call aku pukul 4 pagi tapi aku dah malas nak keluar. Tadik dia call aku. Borak borak. Dia angin ler sebab aku nak mintak excuse lagi tak nak sahur dengan dia hari ni. Tapi seperti biasa dia membebel secara marathon.
"Baby tak kira. Abang datang jugak lepas abang karaoke" "Kang tak sempat sahur?" "Tak kira. Tak sahur pun tak pe. Sebab abang dah janji, abang kena jugak datang !"
Ah. Gwa pasrah.
Nak tak nak terpaksa ler muncul di rumah dia nanti. Kalau tak nanti gaduh pulak. Gwa malas nak gaduh dan gwa pun tak tahan nak kena bebel.
Mood gwa ok hari ni. Happy happy joy joy... Lepak dengan budak budak ni memang buat mood mereng gwa hilang !
Kadang kadang kita tak sedar, cuaca memainkan peranan penting menentukan mood kita seharian.
Gwa setuju ! Walau tak sepenuhnya tapi ada kebenarannya untuk gwa hari ni.
Cuaca mendung satu pagi. Gwa macam nyawa kucing. Tidur bangun tidur bangun berkali kali. Syok jer. Rasa tak mau berpisah dengan selimut dan bantal. Gwa suka macam tu. Lagi pulak gwa tak de apa apa meeting paginya.
Tapi semalam gwa mimpi sedih tu yang buat gwa merundum mood satu hari.
Lepas solat Jumaat gwa sambung tidur lagi. Tapi tak lama, sebab gwa ada meeting petangnya. Gwa ada 2 meeting. Satu kat PJ satu kat KL. Lepas gwa bincang dengan boss gwa, dia pergi meeting kat PJ dan gwa pergi meeting kat KL.
Abis meeting pukul 5 petang. Terus gwa balik.
Sepatutnya gwa bukak puasa dengan budak budak Desperate Houseboys hari ni, tapi last minutes ramai yang rain check. Last sekali decide nak jumpa malam je lepas terawikh. So gwa ok jer.
Gwa pergi pasar ramadhan beli makanan. Beli Nasik Tomato, then gwa beli kuih sikit dengan air tebu. Pastu gwa dapat call.
"Yang.. you buka puasa kat mana hari ni?" "Rumah. Kenapa?" "I nak buka puasa dengan you. I tengah sedih ni"
Hmmm.
"Ok lah. Nak datang ke?" "Ok. I jumpa u tempat hari tu ok?"
Gwa setuju je. FSS Ika nak berbuka puasa dengan gwa.
Gwa tunggu dia datang dekat tepi jalan dekat dengan kedai yang gwa jumpa dia dulu. Dia follow gwa dengan keta dia. Hujan pulak tu, terus masuk rumah gwa siap siap solat Asar dan lepak lepak tengok tv. Dia bercerita kesedihan dia. Siap nangis nangis ni bagitau MAS tak nak sambung contract dia. So dia dah jobless dan tak boleh fly lagi.
Jenuh gak gwa pujuk dia. Gwa suruh dia apply airlines lain tapi dia tak nak duduk jauh dari mak dia. Akhirnya gwa tak reti nak pujuk, diam je. Dia pun diam je sampai ler dekat nak buka puasa.
Kami makan sama sama. Dia datang bawak air soya panas je. Nasik pun tak beli so kami share Nasik Tomato tu makan berdua. Dia komplen cakap rumah gwa tak de periuk nasik ler apa ler.. pastu nak ajak gwa pegi beli. Cheh ! Macam lah gwa rajin masak. Tapi gwa dapat makan kuih kegemaran gwa, Koleh Kacang !
Tapi makan pun tak borak mana. Dia still sedih dan pilu, gwa pun tak de mood nak buat lawak kat dia. Lepas solat maghrib, gwa ngantuk gila. Memang gwa tak nak pergi Terawikh tadik, so gwa masuk bilik gwa tidur. Gwa rasa gwa lelap kejap kot sebelum gwa rasa dia baring sebelah gwa.
Then gwa peluk dia pujuk dia, then dia tanya gwa.
"Yang. I nak tanya you something boleh tak?" "Hmmm"
Gwa ngantuk.
"Bila last you had sex?"
Terbelik mata gwa tiba tiba. Tak jawab salah. Nak jawab pun salah. Akhirnya gwa jawab.
"Sebelum puasa"
Gwa diam. Dia diam. Dia baring sebelah dada gwa. Dia peluk gwa. Then gwa dengar dia nangis. Sudah !
"Sorry... I bukan nak sakitkan hati you. Dah you tanya. I jawab benda betul" "It is ok. Anyway thanks for being honest to me. Your ex ke?" "Hmm"
Masing masing diam.
"You?"
Gwa tanya dia pulak.
"1 year" "Serious? Since your ex?" "Ya"
Gwa terdiam. Dia pun bunyi macam sedih je. Tapi gwa rasa bersalah pulak cakap dengan dia.
"I bukan jenis mencari yang. Dengan you pun I tak pernah cakap pasal sex kan?" "I tau"
Gwa gosok gosok bahu dia.
"Tapi you still boleh main dengan your ex kan?"
Gwa terdiam. Tak tahu nak kategorykan LL5 tu gwa punya ex ke apa. LL4 pun kira ex gwa gak. Tapi memang gwa dah lama tak on dengan dia. LL5 ni special case skit.
"You ingat tak I pernah cakap dengan you dulu? I tak reti nak kenal orang banyak banyak dalam satu masa. I dah suka you. I akan setia pada you je" "I kan pantang kena goda"
Gwa buat lawak bangang.
"I goda you gak, cuma you je tak tergoda dengan I kan?"
Asyik asyik aku yang kena.
"Yang.. Apa lagi yang kurang pada you. You cantik. You baik.. You ada semua yang orang nak..." "Dah lah. Jangan asyik ulang benda yang sama je"
Gwa terus terdiam. Malas gwa nak ulang ulang lagi. Gwa layan fikiran gwa. Dia peluk gwa kuat kuat. Gwa peluk dia then gwa kiss dia! Ya.. gwa tahu ni bulan puasa. Gwa tak boleh menolak godaan wanita wanita dambaan hati gwa.
So malam ni gwa potong kek ! Selebrasi selepas sekian lama gwa jadi baik. Cuaca pun kan sejuk.
Dalam pada tu gwa terlelap. Gwa dah pesan kat dia kejut gwa sebab gwa nak keluar 10.30 jumpa kawan kawan DH gwa. Pastu gwa dengar dia kejut gwa. Cakap dah pukul 10. Gwa rasa gwa tak lelap.. tapi macam pelik tiba tiba je dah pukul 10.
Gwa tanya dia.
"I dengkur tak yang?" "Kuat giler" "Hehe. Kenapa tak kejut I je?" "Dah you lena sangat. Kesian I tengok you tidur. Tapi cute"
Hiks. Gwa bangun dan mandi. Dia pun siap siap terus kami keluar.
On the way keluar nak pergi jumpa budak budak Desperate Houseboys tu boss gwa lak telefon. Ada management meeting. Gwa angin ler.. tiba tiba nak meeting. Tapi gwa pergi jugak. Gwa ingat kalau gwa pergi lepak dengan bebudak DH mesti gwa malas nak angkat ponggong dah, so gwa pergi ler meeting dengan bosses gwa kat Damansara Perdana. Meeting sampai kol 12 lak tu. Lepas tu cepat cepat gwa pergi jumpa kawan kawan gwa kat The Curve.
Lepak lepak dengan dia orang. Bergelak ketawa berjam jam.
Gwa janji dengan LL4 nak sahur dengan dia. Gwa suruh dia tidur je nanti gwa datang bawak makanan then gwa kejut dia untuk sahur. Tapi gwa macam malas pulak ni.
Nyonya Cina tu hari ni call gwa lagi. Gwa tak angkat. Gwa save nombor dia dengan nama NYONYA SIALAN. Then dia text gwa bagitau dia nak bayar gwa RM1500 ! Gwa tak layan. Mampus ko lah.
Dalam gwa gelak gelak dengan bebudak DH hati gwa sebenarnya sayu.
Dah 2 malam gwa mimpi pelik.
Kelmarin gwa mimpi gigi gwa belah depan patah. Buruk gila jadi gigi gwa. Semalam pulak gwa mimpi pulak gwa nampak gerhana bulan dalam mimpi gwa. Real dan cantik.
Tapi dua-dua memberi maksud yang sama. Akan ada kematian pada orang orang terdekat dalam hidup gwa.
Gwa bukan nak percaya. Dan gwa pun tak boleh nak ignore macam tu je. Gwa tahu, kadang kadang tuhan bagi kita sign dalam pelbagai bentuk. Bukan nak suruh gwa gundah gulana.. cuma mungkin bagi gwa peringatan dan bersedia untuk jadi lebih redha sekiranya terjadi apa apa dalam hidup gwa dalam masa terdekat ni.
Gwa tak tahu nak fikir apa. Tapi kadang kadang gwa rasa, gwa pulak yang nak mati. Semalam gwa perasan air muka gwa masa tengok kat cermin macam muka gwa jatuh. Tu kan tanda tanda kematian. Wallahuallam. Gwa tak tau lah. Tapi gwa rasa syahdu. Gwa rasa sedih.
Kalau dulu masa gwa dengan LL3 gwa pernah fikir yang gwa redha je kalau gwa mati time tu. Tapi saat saat macam ni, gwa rasa gwa dah tak ready. Gwa tau gwa banyak silap. Gwa rasa tak tenang sebab gwa masih tak mampu membahagiakan orang orang di sekeliling gwa seperti mana niat gwa selalu nak mereka happy especially family gwa.
Gwa pasrah. Mungkin jugak LL5 yang akan pergi dari hidup gwa sebab dia pun tengah merajuk. Apa apa pun.. gwa kena sedia. Gwa kena redha. Gwa tau... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.....
Kalau sampai masa, gwa terpaksa pergi... walaupun gwa tak sempat nak jadi baik sepenuhnya untuk diri gwa.. sekurang kurangnya sebagai manusia.. gwa dah cuba buat yang terbaik untuk orang lain.
Saat kau pergi Berlinanglah air mataku Betapa cinta ku rasakan Kebahagiaan itu Kini lenyaplah sudah Tak pernah ku inginkan Perpisahan ini terjadi Ku hanya bisa merelakan Jika memang kau pikir Ini lah yang terbaik
Tak perlu kau beri alasan Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa Membuatmu bahagia
Sepenuhnya ku menyadari Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki Namun ku akan terus selalu menyayangimu Setulusnya hati
Tak pernah ku inginkan Perpisahan ini terjadi Betapa cinta ku rasakan Kebahagiaan itu Kini lenyaplah sudah
External hard disk gwa rosak. Banyak data tak boleh nak recover. Dah puas gwa try tapi hampa. Gwa hanya mampu melihat hard disk gwa yang sekian lama berkhidmat menyimpan mp3 gwa, gambar gambar lucah dan jugak video video porno itu.
Gwa pasrah ! Gwa nak suruh BW copet HDD baru kat opis dia.
Cerita pasal hard disk, dulu gwa pernah sekali shoot email kat customer gwa, gwa tulis dengan yakin bolehnya.
'Mr Customer
.......this means that you need to partition your hard dick into ........'
Then gwa sent. Tak lama lepas tu dia balas.
'Are you sure?'
Gwa memula ingat dia ni tongong ! Tapi gwa telefon dia dan dia gelak gelak kat gwa. Rupanya gwa silap tulis. Gwa malu ! Nasib baik customer gwa tu ok. Selalu gwa lepak dengan dia minum minum. Tapi malu gak ler. Lepas tu gwa selalu berhati hati nak eja disk dengan dick !
Sebelum tu gwa memang ingat, gwa dok gelakkan pegawai yang tolong gwa buat data cleasing kat UiTM tu. Gwa dah suruh dia buatkan soft copy dengan hard copy data tu dan gwa nak pagi besoknya.
Pagi pagi tu gwa sampai opis dia, terus dia cakap...
"Encik XXXX, Saya dah buat hard coffee dengan soft coffee yang Encik nak tu"
Gwa blur dan blank. Gwa tanya dia.
"Coffee apa?" "Hard coffee?"
Dia tunjuk kat gwa sebundle kertas baru ler gwa keras perut tahan gelak. Lawak mamat tu, tapi dia ok. Rajin dan baik. Gwa dengar sekarang pun dia dah promoted naik pangkat.. Dalam coffee coffee pun.. ada gak perkembangan hidup. Gwa??? NAN ADO !!
Hari ni gwa bangun awal. Semalam gwa tidur lambat. Gwa sahur makan nasik yang kakak gwa bagi tu. Then tidur terbongkang. Cuaca lak sejuk. Angin sepoi sepoi bahasa Mandarin memang buat gwa tak nak berpisah dengan rakan 3sum gwa. Gwa bangun dan tidur dan bangun dan tidur.. Kol 9 gwa terkejut, boss gwa telefon, suruh gwa print proposal. Gwa cakap nak send kat email tapi nak online tak boleh. Cinabeng punya Maxis ! Sudah ! Gwa kaget. Dengan tak mandi nyer. Gwa siap siap then turun.. sampai kat tangga gwa try connect using hp gwa.. boleh pulak. Gwa naik balik semula.. then gwa try send.. baru boleh. Lega. Nasib baik, kalau tak gwa keluar rumah tak mandi !
Gwa sambung tidur. Mengantuk giler mata gwa. Sampai kat tengahari. Boss gwa ada meeting dia dah call suruh gwa pergi opis tengahari sebab nak buat website company. Client gwa tu tengah evaluate proposal gwa so dia nak tengok company gwa tu bukan lah 2 dollar company.. in which.. gwa rasa 1 dollar je kot. So gwa pergi opis bertungkus lumus buat websites. Gila dalam masa 3 jam. Websites company gwa dah siap. Hasil titik peluh gwa mengcreativekannya. Cun jugak walaupun gwa tak de masa nak buat pakai PHP ler apa ler.. Gwa buat cikai cikai jer.. tapi still gwa rasa macam menarik. Gwa suka hati.
Tapi gwa siap semua tu dalam 6.30. Gila ! Gwa tak prepare apa nak bukak puasa. Nak balik rumah sah sah jam. Dalam 6.45 gwa terus pergi gerai kakak gwa. Dah lah tak jadi jual tembikai. Time time gwa bersemangat waja, wira, perdana dan satria ni ler.. asyik ada je benda kacau. Gwa sampai orang dah berbuka. Nasib kakak gwa dah simpan makanan untuk gwa, kalau tak simpan memang abis ler tak dapat apa. Lepak makan 4 orang.. Ada awek sorang dok situ. Kakak gwa kenal ler. Menyibuk jer.. dia tak makan tapi beli makanan. Gwa rasa dia tak puasa. Tapi tak nak lari. Gwa nak duduk kat kerusi tu. Lama gwa berdiri dia buat bodo je. Last sekali gwa blah beli rokok. Gwa balik kat gerai.. dia ada lagi. Dok usha gwa. Lama tu gwa buat muka muka gelisah nak duduk, baru dia blah.
Bila dia blah, baru gwa membebel kat kakak gwa. Pastu kakak gwa dengan adik gwa cakap serentak.
"Dia nak ngorat awak !!!"
Deh ! Ngorat gwa kasik laa gwa duduk. Gwa puasa.
"Mengarut"
Gwa cakap macam tu. Adik gwa dengan kakak gwa beriya iya kata dia nak nombor telefon gwa. Cam cipet jer. Gwa buat bolayan. Dah ler gwa tak suka kena ngorat kat public. (walaupun jarang gwa kena ngorat). Tapi tak cun pun, sebab tu gwa jual mahal.
Tapi ada cerita lawak. Kat Param tu. Ada budak pompuan ni dalam 20-an dia macam tak betul skit. Dia selalu usha gwa dan tanya kakak gwa.. gwa ni sapa. Kakak gwa cakap lah, gwa ni adik dia lah.. pastu dia tanya nama gwa apa. Adik gwa cakap nama gwa, Abang Roy ! As for adik gwa letak Abang Boroi !
So dulu lama gak la gwa tak pegi rumah kakak gwa, kakak gwa citer budak pompuan ni selalu datang rumah dia tanya gwa datang ke tak. Dia siap cakap.
"Cek tak leh tidoq teringat ingat kat Abang Roy. Bila Abang Roy nak datang Kak Eli?" "Dia tak datang. Dia sibuk dengan awek awek dia" "Dia ada marka ke Kak Eli..? Ala sedih lah Cek cam ni. Cek terbayang bayang je rupa Abang Roy tu. Tak leh tidur malam Cek nih....."
Gwa gelak gelak je dengar kakak gwa citer. Adik gwa pun ada citer benda yang sama sebab dia selalu tanya adik gwa. Tapi gwa tak pernah ler tengok budak ni sebenarnya. Tak pernah perasan. Dia je yang perasan gwa.
Tadik tengah gwa makan buka puasa. Dengan mulut penuh suap nasik, tiba tiba dia tepuk belakang gwa. Masa tu gwa dengar dah kakak gwa gossip dengan adik gwa kata, dia datang. Gwa tak ingat dia.
"Amboiiii. Abang Roy ! Makan tak nampak Cek !'
Gwa pandang. Tak kenal. Gwa tengok kakak gwa. Adik gwa dengan awek dia dah bantai gelak.
"Abang Roy, awat lama tak mai? Intan tunggu Abang Roy lama tak nampak. Sibuk ka?" "Hmm. Sibuk"
Gwa layan layan gitu ler.
"Abang Roy ni smart smart.. pi mana?" "Keje tadi. Baru abis meeting" "Smart na.. Mesti nak pegi jumpa marka lepaih ni. Tak pergi terawikh lah tu"
Gwa gelak gelak. Sah sah ler gwa baru balik opis pakai ler baju kemeja.
"Kak Eli.. kenapa Abang Roy ni sombong benor dengan Cek. Kalau nak Cek boleh je bagi rasa2"
Adik aku dah bantai gelak dah. Aku tak paham sangat. Dok makan je. Pose pose senyum.
"Kau ni puasa ke tidak Intan? Bulan bulan puasa ni, nak rasa rasa hapanya?"
Kakak aku tengking dia. Dia sengeh sengeh.
"Abang Roy ! Abang Roy ! Bak la.. Singgit.. Cek nak beli kuih ni"
Gwa tak sure nak bagi ke tak. Adik gwa jahat ler usik dia. Adik gwa suruh dia menyanyi dulu pastu baru gwa bagi seringgit. Kakak gwa cakap dia memang suka paw orang.
Dia siap betul betul tudung pastu nyanyi. Siap sebut..
"Saya Intan.. (murid darjah berapa ntah siap sebut nama sekolah kat Kedah nuh..lancau dia merapek...) akan menyanyikan sebuah lagu dari Siti Nurhaliza - Kau Kekasihku"
Gwa buat bodo jer sambung makan. Tapi gwa dengar dia nyanyi langsung tak de bunyi lagu Kau Kekasihku. Siap pejam pejam mata.. tangan sebelah pegang dada.. sebelah tunjuk tunjuk kat gwa. Gwa nak gelak, tapi gwa tak sampai hati. Adik gwa dah gelak dah ni.... Pastu nyanyi lagi... gwa tak paham... Last sekali.. gwa dengar dia nyanyi lagu yang kononnya Kau Kekasihku.. keluar lirik...
Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai.. Pakar IT pakar ekonomi.....
Gwa tahan gelak. Tapi tak tahan. Tersembur nasik gwa. Tersedak sedak.
Kakak gwa dengan adik gwa bantai gelak. Gwa tak boleh. Gwa tak boleh !!! Gwa tau gwa berdosa gelak kat dia. Tapi serious gwa tak tahan. Gwa tak tahan !!!!!!!!
Dia terus stop. Pastu tanya.
"Awat Abang Roy? Tak sedap ka Cek nyanyi?"
Adeh ! Tak tahan... Terus gwa lari jauh jauh. Macam nak termuntah pun ada.
Last sekali gwa pun bagi dia singgit. Beli kuih ke hapa nya ntah dah abis buka puasa. Tu pun kakak gwa dah bagi kuih kuih yang tinggal kat dia. Terus lepas tu dia blah. Tak abis abis dia cakap kat gwa, kalau gwa nak 'rasa-rasa' boleh lah malam ni jumpa dia. Dia tunggu kat taman permainan. Gwa tak larat nak layan. Kakak gwa marah dia sebab dia merapu.
Rasa-rasa ! Cam lawak je. Adik gwa bantai gelak sampai terduduk duduk kat jalan. Gila punya orang. Kakak gwa cakap budak tu memang macam tu, pantang jumpa lelaki skit mesti nak ajak rasa-rasa. Pernah sekali dia cakap mamat jual petai tu rogol dia. Kakak gwa marah dia sebab mamat tu first time datang jual petai kat situ. Sewel budak ni sebenarnya tapi tengok kesian jugak. Tapi kan tapi... chamber dia BESAR giler !!!!!
Ada sekali dia datang jumpa kakak gwa.
"Kak Eli. Kak Eli. Cek rasa Cek pregnant"
Kakak gwa punya lah pucat. Berisgtifar panjang gila. Siap nasihat kat dia.. Pastu dia cakap.
"Tu lah. Cek pun tak tau. Biasalah macam ni, tapi Cek tak de tisu tu. Kak Eli ada tak, kasik la Cek satu"
Kakak gwa. Blank.
"Kau ni pregnant ke period?" "Hah.. Cek nak sebut yang tu lah !! Cek tak pandaii"
Bantai gelak lagi. Adeh. Sakit perut gwa.
Lepas berbuka dengan kakak gwa, seperti biasa, gwa tolong dia kemas payung dan meja meja tu then gwa pergi rumah dia. Lepas solat maghrib gwa balik rumah terus sebab nak gi terawikh. Balik terawikh gwa lepak rumah jer.
BW kata nak bagi gwa nasik untuk sahur. Jap lagi gwa nak gi ambik. Lauk kat tempat kakak gwa pun abis. Tak leh nak tapaw. Tapi gwa makan Caramel yang sedap tu lagi. Gwa berbuka makan nasik lauk Gulai Lemak Udang. Sedapnyerr kakak gwa masak.
Gwa still teringat budak yang panggil gwa Abang Roy tu. Tak tahan !
I can’t stand to fly
I’m not that naive
I’m just out to find
The better part of me
I’m more than a bird...i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be me
Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I’ll never see
It may sound absurd...but don’t be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed...but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be me
Up, up and away...away from me
It’s all right...you can all sleep sound tonight
I’m not crazy...or anything...
I can’t stand to fly
I’m not that naive
Men weren’t meant to ride
With clouds between their knees
I’m only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
Inside of me
Inside me
Yeah, inside me
Inside of me
I’m only a man
In a funny red sheet
I’m only a man
Looking for a dream
I’m only a man
In a funny red sheet
And it’s not easy, hmmm, hmmm, hmmm...
: These Bloggers Link Me : just let me know if you wish to be removed